Tuesday, 7 August 2012

Tip-tip agar hilang mengantuk di pejabat




• Makan gula-gula getah. Kunyahlah ia tanpa henti.

• Sepak bucu-bubu meja dengan kaki (Anda di nasihatkan buka kasut terlebih dahulu)

• Ambil sekeping kertas A4 tegakkan dan
 tarikkan ia di antara dua jari telunjuk dan tengah.

• Hina kawan sebelah anda secukup-cukupnya

• Sentiasa berlari pecut untuk kemana-mana sahaja di dalam pejabat itu (Pergi tandas, pergi ke meja kawan dsb)

• Cabut sehelai bulu hidung anda dengan lajunya.

• Jangan makan atau minum sepanjang hari (Makan pada waktu malam sahaja). Sebabnya orang selalu mengantuk selepas makan.

• Pesan pada penyambut tetamu pejabat anda supaya meng'interkom' anda setiap 5 min.

• Buat secawan kopi panas dan tumpahkan ia atas baju dan seluar anda. (Tumpahkan pada kawan pun boleh juga - lebih afdal)

• Ambil stapler dan staplekan cuping telinga anda atau telinga sesiapa sahaja yang berdekatan.

Jika semua ini maih belum dapat menghilangkan mengantuk anda itu, silalah pergi ke surau/bilik sembahyang atau mana2 tempat yg rasanya boleh tidur dan tidurlah seketika (satu jam dah memadai) SUMBER


P/S: Kompom aku kena baling ngan selipar macam2 size atau keluar surat cinta dari bos...hahaha
jengjengjeng

No comments:

Post a Comment