Thursday 13 September 2012

10 Carian Google Terhangat di Pasaran bulan Ogos 2012

Pada bulan Ogos yang lepas, topik berkenaan Sukan Olimpik dilihat mendominasi carta carian Google Malaysia. Berikut disenaraikan ringkasan keputusan Google Zeitgeist untuk carian paling tinggi dalam www.google.com.my setelah dibandingkan menggunakan senarai-senarai carian yang meningkat oleh peratusan terbesar sepanjang bulan Ogos 2012.

1) Gangnam Style


Tarian menunggang kuda ciptaan
bintang K-pop, PSY, menampilkan
Hyuna, mendapat perhatian dunia hiburan global termasuklah beratus-ratus spin-off terhadap video asal.


2) Olympic badminton 2012/Lin Dan/Lee Chong Wei

Petarungan sengit selama 79 minit di antara dua hero sukan badminton di perlawanan akhir perseorangan lelaki di sukan Olimpik menyaksikan jaguh badminton Malaysia tewas kepada Lin Dan dari Cina.


3) Neil Armstrong

Manusia pertama yang menjejakkan kaki di bulan yang menjadi satu lonjakan gergasi kepada manusia, meninggal dunia akibat komplikasi daripada pembedahan jantung pada usia 82 tahun.


4) Allison Stokke

Ramai mencari tentang atlet lompat galah berusia 23 yang tidak berjaya menyertai acara sukan terulung di dunia tetapi muncul sebagai atlet paling ‘hangat’ dalam senarai atlet terhangat Olimpik 2012.



5) Baskin Robbins Malaysia

Rakyat Malaysia diraikan dengan aiskrim percuma di cawangan Baskin Robbins bagi menghargai perjuangan peserta-peserta Olimpik Malaysia.


6) Ucapan Hari Raya/Kad Raya

Rakyat Malaysia mencari ucapan dan puisi Hari Raya.


7) Azizulhasni Awang




Pelumba basikal Malaysia yang popular dengan gelaran ‘pocket rocket’ beraksi di sukan Olimpik 2012.


8) Pandalela Rinong

Gadis 19 tahun dari Sarawak yang dianugerahkan gelaran ratu terjun negara adalah wanita pertama yang berjaya menggondol pingat dalam acara selain badminton.


9) Step Up Revolution

Filem keempat siri Step Up, Revolution mengisahkan tentang sekumpulan penari, The Mob di Miami yang mahu melindungi kejiranan mereka, telah ditayangkan bermula 2 Ogos.


10) Expendables 2



Filem aksi yang menampilkan barisan pelakon aksi veteran seperti Sylvester Stallone, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Chuck Norris, Jet Li dan Jean-Claude Van Damme, ditayangkan di pawagam seluruh Negara pada 16 Ogos.

No comments:

Post a Comment