Monday, 10 June 2013

Kisah Benar (seorang insan yang berhati mulia)

    Pada tahun 2010 ada seorang insan yang nama panggilannya adalah abg din, bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah hospital yang berada di kubang kerian,kota bharu kelantan dengan kadar gajinya masa itu cuma lebih kurang 600ringgit malaysia sahaja dengan mempunyai seorang isteri dan cahaya mata.
    Saya amat berbesar hati ingin berkongsi tentang kisahnya yang betul2 membuatkan saya amat terpegun dengan cara beliau yang mempunyai hati yang sangat mulia, bermulanya kisah beliau ketika dia sedang berjalan di suatu tempat yang saya tidak pasti dimana, lalu terjumpa dengan seorang lelaki indon bernama Mat(bkn nama sebenar) yang sedang duduk di kaki lima dan langsung tidak dikenali oleh abg Din. Mat tengah mengalami keperitan hidup dengan kesakitan gigi yang memerlukan rawatan daripada doktor dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk membuat pembedahan.          
    Kesakitan yang dialami oleh Mat ini  membuatkan abg Din ingin tahu kerana terlalu kesian melihat keadaan lelaki itu yang terdampar di kaki lima seperti orang yang tidak mempunyai apa2 yang hanya menunggu dan berserah dengan takdir.
     Dengan hati yang ikhlas, abg Din mula terasa ingin membuka mulut dan ingin bertanyakan kepada lelaki
tersebut.

abg din: Kenapa dengan awak? (dengan nada yang lembut,) 
Mat     : Gigi saya sakit, dan saya tidak boleh buat apa2 kerana saya tidak punya wang.
abg Din: Kenapa dengan Gigi kamu? kenapa kamu tidak bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan?
Mat     : Saya tidak dapat buat apa2 (dengan nada sedih lagi sekali Mat mengulangi perkataannya    
             tadi)
abg Din: Kamu tak ada ic ataupun passport ke?
Mat      : Ya, saya tidak punya apa2 kerana saya ditipu dengan ajen yang menghantar saya kesini.
              sekarang saya hanya mampu berserah kepada Allah.
abg Din: ye?? kalau macam tu, awak ikut saya balik rumah saya. InshaaAllah saya akan cuba tolong awak.
Mat      : Tidak mengapa la encik, saya tak mahu menyusahkan orang. lagipun encik tak kenal saya.
abg Din: Tak mengapa, jangan risau saya ikhlas nak bantu awak. Saya akan cuba tolong semampu saya, 
              marilah ikut saya pulang dulu.
Lalu Mat pun ikut abg Din pulang kerumahnya. Apabila tiba di rumah, abg Din menyediakan tempat tidur untuk Mat dan menyuruh Mat untuk berehat sementara abg Din memikirkan cara untuk mengubati sakit Mat dengan keadaan abg Din yang cuma ada simpanan sedikit sahaja di dalam bank beliau hasil dari duit gaji yang dikumpulkannya sedikit demi sedikit tiap bulan.
       Setelah dekat sehari abg Din memikirkan bersama isteri beliau cara untuk membantu Mat, abg Din dan isteri pun membuat keputusan untuk menggunakan duit simpanan mereka untuk membantu lelaki ini mendapatkan rawatan di hospital swasta yang perlu menggunakan duit yang banyak untuk pembedahan gigi lelaki itu.
       Pada keesokan harinya abg Din membawa Mat ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan di sana dan kos rawatan semua ditanggung oleh abg Din sehingga selesai. Apabila sudah selesai membuat pembedahan, abg Din membawa lelaki itu pulang kerumahnya dan menyuruh lelaki itu berehat sehingga dia sembuh dari penyakitnya dan sementara itu, abg Din menguruskan passport untuk Mat supaya Mat boleh bekerja dan mencari sesuap nasi. Pada abg Din, apa yang dia buat ini adalah kerana Allah S.W.T. dan langsung tidak mengharapkan apa2 balasan pun dari lelaki ini, seikhlas hatinya membantu kerana terlalu kesian dengan keadaan lelaki tersebut.
       Setelah Mat sembuh sepenuhnya, Mat pun keluar dari rumah abg Din tadi dan mencari kerja bagi mencari sesuap nasi untuk hari2 beliau. Selepas itu, abg Din pun meneruskan hidupnya seperti biasa "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" dengan hati yang puas dan tenang kerana dapat membantu seorang hamba Allah yang sedang kesusahan.
       Hari demi hari berlalu seperti biasa sehingga tahun 2012. Pada pertengahan tahun 2012, Mat datang dan berjumpa dengan abg Din setelah sekian lama tidak berjumpa. Pada masa itu Mat telah bekerja dengan syarikat kontraktor sebagai mandur di tempat tersebut. Mereka berborak panjang lebar masa itu kerana sudah lama tidak berjumpa dan abg Din menjemput lagi sekali untuk tidur di rumah beliau sehingga mereka menjadi kawan yang sangat rapat.
       Di pendekkan cerita, keesokan harinya Mat minta abg Din untuk menghantarnya ke rumah beliau dan abg Din pun menghantar menaiki motornya yang usang. Setibanya di rumah Mat, Mat menghulurkan duit RM100 kepada abg Din sebagai tanda terima kasih kerana menghantar beliau ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari rumah abg Din, dalam lebih kurang 20-30km dari rumah abg Din.

abg Din: eh..apa ni??
Mat      : ambillah buat isi minyak motor dan makan2 sikit.

abg Din: tak payah la, berapa sangat minyak hantar pergi sini

(dengan nada yang memaksa, Mat pun cakap dengan abg Din)
Mat      : Tolong lah ambil duit ni, ini cuma sikit sahaja dari apa yang awak pernah tolong saya dulu. saya
              nak awak ambil duit ni.
abg Din: Baiklah kalau itu yang awak kata. saya terima duit ini tapi bukan kerana saya minta awak balas budi     
              saya, saya tidak pernah merasa ingin minta awak balas apa yang saya buat selama ini kerana apa
              yang saya buat ikhlas kerana Allah S.W.T.
Mat      :Alhamdulillah, awak ambillah duit itu buat makan sedikit.
abg Din: Jazakallah khairan, terima kasih.
Mat      : Sama-sama 

        Selepas itu, abg Din berlalu pergi dari rumah Mat. Bermula saat itu, Mat kerap datang ke rumah abg Din untuk menjenguk keadaan abg Din dan selalu meminta abg din menghantar ke rumahnya dan setiap kali Mat meminta hantar pulang, setiap itu Mat akan selalu hulurkan duit kepada abg Din, kadang2 Mat bagi RM100, kadang2 Mat bagi RM200 dan benda tu berlarutan sehingga awal tahun ini 2013.
        Semakin hari Mat semakin berjaya dan mampu mempunyai kerja2 sendiri hasil dari usahanya yang kuat, tiap hari memerah keringat beliau untuk cuba menambahkan pendapatan beliau sambil membuat simpanan yang banyak. Mat mengumpulkan duit yang banyak atas tujuannya ingin membantu abg Din yang telah membantunya suatu masa dahulu. Dan pada suatu hari, Mat datang berjumpa dengan abg Din dan bertanyakan soalan kepada abg din.

Mat      : Din, awak minat meniaga?
abg Din: Minat, memang minat sangat meniaga, tapi keadaan tidak mengizinkan sebab masih tidak mampu 
             untuk membuka perniagaan.
Mat      : Awak minat berniaga yang macammana?
abg Din: Saya suka berniaga makanan, Gerai makan.
Mat      : Awak nak tak kalau saya bagi awak satu tapak dan modal untuk awak mulakan perniagaan?
abg Din: Jangan!. saya taknak menyusahkan orang, saya takut tak mampu untuk membayar balik duit kamu    
              dengan keadaan saya yang tidak mempunyai apa2 ini.
Mat      : Saya tidak pernah mintak pun awak bayar balik dengan saya, apa yang saya ingin bagi, ini ikhlas 
              dari saya dan saya minta awak tolong terima apa yang saya ingin bagi ini.
abg Din: Saya takut untuk terima, sebab bukan sedikit belanja untuk membuka Gerai makan.
Mat      : tidak mengapa, tentang itu awak jangan risau. saya cuma minta awak tolong terima apa yang saya
              ingin bagi kat awak. Awak dah tolong saya dulu dan saya tak akan pernah lupakan walau sedikit
              pun jasa yang awak buat dekat saya, kalau awak tak ada masa tu, saya tidak tahu apa takdir saya.
              mungkin saya mati.
abg Din: Awak jangan cakap macam tu, Allah telah takdirkan saya bertemu dengan awak dan Allah beri 
              kepada saya satu tanggung jawab yang perlu saya buat demi membantu insan yang sedang 
              kesusahan. itu je, saya ikhlas kerana Allah S.W.T.
Mat      : Saya bersyukur kepada Allah kerana temukan dengan seorang sahabat seperti awak. Terima kasih
              Din. sekarang ni saya nak awak terima apa yang saya nak bagi. nanti saya tunjuk awak tapak untuk 
              awak berniaga nanti.
abg Din: Baiklah, kalau itu permintaan awak, saya terima, 
Mat      : Mari ikut saya. saya tunjukkan tapak yang dah ada.

Mereka pun beredar ke tempat tapak yang ingin di tunjukkan kepada abg Din.
          Setelah tiba di tapak tersebut, mereka memulakan perbincangan untuk membuka gerai makan di tapak tersebut sehingga mendapat cara untuk membuka perniagaan di situ. dengan bermodalkan duit yang di kumpul oleh Mat, abg Din telah membuka sebuah gerai makan yang cantik di kawasan yang sangat strategik dan membuatkan ramai yang terpikat untuk datang lepak minum2 dan makan2 dekat situ dengan makanan yang dimasak sangat menyelerakan dan menarik pelanggan untuk sentiasa berkunjung ke gerai tersebut.
          Bermula hari tersebut, rezeki abg Din semakin bertambah dan mengubah hidup abg Din sehingga lah sekarang. Sekian.

huhu.boleh cerita sikit2 je ni..xpandai buat karangan =P

Saya mendengar kisah yang menarik minat saya untuk menulis ni daripada abg ipar saya yang biasa dengan abg Din semasa saya dan abg ipar saya tengah lepak minum di kedainya. memang saya betul2 merasa bangga kerana masih ada lagi seorang insan yang punya hati yang begitu mulia bagi saya, walhal dia sendiri pun tidak mempunyai apa2 tetapi sanggup bantu orang lain dengan sepenuh hati. Ini bukanlah kisah dongeng semata2, tetapi cerita sebenar yang nampak di depan mata. sungguh membuatkan saya merasa sangat bangga dan kagum dengan insan seperti beliau.
       
Tamatlah kisah ini. saya harap korang suka dan boleh ambil pengajaran dari kisah ini. Maafkan saya jika tulisan dan karangan saya ini hancur..huhu 
saya tak pandai nak tulis karangan ni. ini pun saya tulis berdasarkan cerita dari abg ipar saya sahaja. Maklumlah saya ni bukan lah orang yang berpelajaran tinggi. ^_^
harap korang semua enjoy dan boleh ambil pengajaran dari kisah ini.

Terima kasih kerana sudi membaca karangan yang tidak seberapa ini.

"Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk datang dari saya insan yang serba kekurangan ini."

Wassalam.